Isnin, 14 Februari 2011

cIntA rAsulULALLAh kEpAdA UmAtnyA

rasulAllah s.a.w. sgt2 mulia..time akhir hayat baginda,masa malaikat Izrail nak cabut nyawe baginda,Izrail siap ketuk pintu umah lg nak masuk umah rasulAllah s.a.w..ketika tu saidatina Aishah lah yg sedang menjage rasulAllah s.a.w..memule Aisyah kate,"jangan ganggu rasulAllah,die tgh sakit"..tp rasulAllah kate kat Aisyah,"biarkan dia masuk"..maka malaikat Izrail pun masuk dan ketika itu beliau ditemani malaikat Jibril...sesungguhnya Jibril nak sgt besame rasulA llah s.a.w. di akhir hayat baginde..
time malaikat Izrail dah nak amik nyawe rasulAllah,baginda x ingat pun isteri2 n anak2 nye,tp baginda tanye Jibril,"apekah kelebihan yg Allah dah janjikan utk umat2ku??"..baginda xde pun cakap kat Jibril,"eh,ko tolong jagekan isteri kesayanganku ye"...sememangnya rasulAllah s.a.w sgt2 syg kat kite selaku umatnya..

pastu,time nyawa baginda ditarik oleh malaikat Izrail,time tgh2 sakit2 tu,rasulAllah s.a.w. ckp,"kalau begini lah sakitnya nyawa ditarik,biarlah aku menanggung kesemue kesakitan yang dirasai oleh umatku ketika mrk mghadapinya"...sampai camtu skali syg nye rasulAllah s.a.w. kat kite..
namun, sejauh mana kita menyayangi Rasul junjungan kita itu???berapa banyak pengorbanan yang telah kita sumbangkan untuk meneruskan perjuangan insan kesayangan itu?hanye Allah dan diri kite sendiri yg tau...byk sungguh pengorbanan insan terunggul itu utk kite..slalu ke kite beselawat keatasnya??ke asyik dengar lagu2 yg melalaikan??tanye lah diri kite sendiri ye...
diakhir2 hayat rasulAllah s.a.w.,terdapat satu perkara yang baginda ingatkan untuk kita semua.."ummati,ummati(umatku,umatku)...assolah,assolah(solat,solat)"...

sahabat yg disayangi, sesungguhnya solat itu penting sgt2..xde pun baginda ingatkan kite spy kite jgn lupe sms pelajar2 akadema fantasia ...tul tak??same2 lah kite jage solat kite ye...marilah kite berushe menanamkan sifat syg yg amat mendalam kpd junjungan besar kita krn pasti dan pasti,jike kita syg baginda, maknenye kite syg kat Tuhan kite,Allah S.W.T..insyaAllah...moge selembar tulisan ini mampu mmberi peringata kepada kita semua...

dipetik dari luv islam

Khamis, 3 Februari 2011

Solat membezakan Muslim, Kafir

Kata Saidina Umar, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya ia mensia-siakan kewajipan agama yang lain.Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia rukun Islam yang lima selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat runtuh agama seseorang itu.Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.

Dalam kitab at-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: Solat amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat. Kerana itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”

Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai amalan paling mulia, katanya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”

Baginda juga bersabda maksudnya: “Orang yang mengerjakan solat adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya.”

Perintah terhadap solat dan gesaan supaya memeliharanya banyak dijelaskan dalam al-Quran. Sudah pasti dengan perintah itu, tiada sesiapa dapat menyangkal kewajipan mengerjakannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.

“Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” (al-Baqarah:238)

Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang cukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda. Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu dengan isyarat.Penegasan ini menunjukkan solat adalah perkara yang besar, tidak boleh diringankan, jauh sekali meninggalkannya. Malah, solat juga adalah syiar yang membezakan antara Muslim dan bukan Muslim. Syiar Islam dengan sendirinya terpancar apabila umat Islam mengerjakan solat, lebih-lebih lagi dengan solat berjemaah di masjid.

Kita harus berwaspada dengan sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang Islam ialah mengerjakan solat. Oleh itu sesiapa yang tidak solat, sesungguhnya termasuklah dia dalam hukum orang kafir.”

Al-Quran turut memberikan amaran terhadap mereka yang meninggalkan solat, seperti dalam surah Maryam, maksudnya:“Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab di dalam neraka. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.” (Maryam: 59-60)

Ibn Abbas berkata, seperti yang disebutkan as-Syams az-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair: “Mencuaikan solat yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka meninggalkan solat sama sekali, tetapi maksudnya, mereka mentakhirkan (melengahkan) solat sehingga keluar waktunya.”Perkara itu dijelaskan Said bin Musayib, dengan menyatakan: “Orang itu tidak solat Zuhur melainkan selepas masuk waktu Asar (dan seterusnya mengenai waktu lain).

Justeru, sesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan dia tidak bertaubat, balasan ditetapkan baginya azab seksa di neraka.“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi.” (al-Munafiqun:9)

Menurut sesetengah ahli tafsir, mengingati Allah (zikir kepada Allah) di sini ialah solat lima waktu. Sesiapa yang cuai kerana harta benda, anak pinak dan segala urusan hidupnya, jadilah dia orang yang rugi.Menjadi tanggungjawab bagi Muslim juga mengambil berat terhadap ahli keluarganya, mengajar dan menyuruh mereka mengerjakan solat, malah menasihati mereka supaya sentiasa memelihara solat fardu yang lima.“Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun sabar menunaikannya....” (Taha:132)

Nabi sendiri sentiasa mengambil berat dan mengawasi keluarganya khusus berkaitan solat. Baginda dan keluarga apabila menghadapi kesukaran, lazimnya mengerjakan solat sebanyak-banyaknya.Cara seperti ini juga sebenarnya menjadi amalan nabi sebelum Baginda dan ia sewajarnya menjadi sunnah ikutan kita kerana banyak kelebihannya, malah menjadi sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala bencana

Di petik daripada Arbain Muhayat

Silakan nikmati juadah ilmu pencerahan minda dari KATA-KATA BESTARI ini


Takut gagal adalah gagal sejati. Takut mati adalah mati sebelum mati. Hidup itu adalah gerak. Gerak itu ialah maju, berjuang dan naik dan jatuh dan naik lagi. Kita tidak akan tahu apa yang terjadi esok. Oleh itu, tidak ada tempuh yang akan terbuang. - Dr. Hamka -

Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan. – WALTER BAGEHOT –

Keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati. – OMAR BRADLEY-

Orang-orang terkemuka menyedari bahawa tidak ada jalan istimewa untuk berjaya. Jalan yang ditempuhi adalah cara lama yang menuntut kerajinan dan ketekunan. -  Dr. Orison Swelt Marden -
Mungkin hasil paling berharga daripada PENDIDIKAN ialah kemampuan kita untuk mengerjakan hal yang mesti kita kerjakan, tidak peduli adakah pekerjaan itu kita sukai atau tidak. -  THOMAS H. HUXLEY  -

Orang yang bijaksana tidak pernah duduk meratapi kegagalannya,tetapi dengan perasaan gembira dia mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. SHAKESPEARE -

Janganlah menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatan sendiri. -PLATO-

Orang yang mempunyai harga diri positif cenderung untuk lebih bahagia, lebih sihat dan lebih produktif daripada orang yang rendah harga diri. -  Don E.. Hamachek -

Cita-cita yang tinggi menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

“Sejarah membuat orang bijaksana. Sajak-sajak mempertajamkan fikiran mereka. Falsafah membuat mereka memahami sesuatu. Akhlak membuat mereka serius. Logik boleh membuat mereka mempengaruhi orang lain.” – Falcon Bacon

Orang Yang Berjiwa Kecil Cepat Naik Darah Apabila Dikritik. Tetapi Orang Yang Bijaksana Mampu Memetik Hikmah Daripada Orang Yang Mengkritiknya Dan Mampu Menganalisis Serta Menguji Dirinya Sendiri. -Walt Whitman-

IMAM SYAFI”E berkata :  “Sifat-sifat yang mendorong seseorang mencapai kejayaan dan kedudukan tinggi dalam bidang ilmu  ialah :jangan makan sampai kenyang kerana perut yang kenyang;  memberatkan badan,membekukan hati, menumpulkan aqal dan membanyakkan tidur.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa  kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – JOSEPH CONRAD-

“Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.” – Alias Haji Muda-
Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda    cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil. -Thomas Alva Edison-

KITA BOLEH MENJADI APA YANG KITA INGINKAN DAN MENCAPAI KEJAYAAN SETINGGI MUNGKIN DENGAN SYARAT KITA MEMPUNYAI SEMANGAT DAN KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT. -Dr. Mahathir Mohamad-