Khamis, 3 Februari 2011

Silakan nikmati juadah ilmu pencerahan minda dari KATA-KATA BESTARI ini


Takut gagal adalah gagal sejati. Takut mati adalah mati sebelum mati. Hidup itu adalah gerak. Gerak itu ialah maju, berjuang dan naik dan jatuh dan naik lagi. Kita tidak akan tahu apa yang terjadi esok. Oleh itu, tidak ada tempuh yang akan terbuang. - Dr. Hamka -

Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan. – WALTER BAGEHOT –

Keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati. – OMAR BRADLEY-

Orang-orang terkemuka menyedari bahawa tidak ada jalan istimewa untuk berjaya. Jalan yang ditempuhi adalah cara lama yang menuntut kerajinan dan ketekunan. -  Dr. Orison Swelt Marden -
Mungkin hasil paling berharga daripada PENDIDIKAN ialah kemampuan kita untuk mengerjakan hal yang mesti kita kerjakan, tidak peduli adakah pekerjaan itu kita sukai atau tidak. -  THOMAS H. HUXLEY  -

Orang yang bijaksana tidak pernah duduk meratapi kegagalannya,tetapi dengan perasaan gembira dia mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. SHAKESPEARE -

Janganlah menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatan sendiri. -PLATO-

Orang yang mempunyai harga diri positif cenderung untuk lebih bahagia, lebih sihat dan lebih produktif daripada orang yang rendah harga diri. -  Don E.. Hamachek -

Cita-cita yang tinggi menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

“Sejarah membuat orang bijaksana. Sajak-sajak mempertajamkan fikiran mereka. Falsafah membuat mereka memahami sesuatu. Akhlak membuat mereka serius. Logik boleh membuat mereka mempengaruhi orang lain.” – Falcon Bacon

Orang Yang Berjiwa Kecil Cepat Naik Darah Apabila Dikritik. Tetapi Orang Yang Bijaksana Mampu Memetik Hikmah Daripada Orang Yang Mengkritiknya Dan Mampu Menganalisis Serta Menguji Dirinya Sendiri. -Walt Whitman-

IMAM SYAFI”E berkata :  “Sifat-sifat yang mendorong seseorang mencapai kejayaan dan kedudukan tinggi dalam bidang ilmu  ialah :jangan makan sampai kenyang kerana perut yang kenyang;  memberatkan badan,membekukan hati, menumpulkan aqal dan membanyakkan tidur.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa  kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – JOSEPH CONRAD-

“Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.” – Alias Haji Muda-
Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda    cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil. -Thomas Alva Edison-

KITA BOLEH MENJADI APA YANG KITA INGINKAN DAN MENCAPAI KEJAYAAN SETINGGI MUNGKIN DENGAN SYARAT KITA MEMPUNYAI SEMANGAT DAN KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT. -Dr. Mahathir Mohamad-

Tiada ulasan: